Saturday, July 21, 2012

untung


Saya ada terima komen berbentuk pendapat dan soalan tentang post untuk rawatan darah tinggi yang saya buat dulu, man rahman beri pendapat panjang lebar, terima kasih untuk beliau, saya akan jawab seadanya berdasarkan beberapa isu yang di utarakan beliau..salah satu isunya ialah…saya ambik sebahagian dari k omen beliau..komen lain di entry yang lain..


saya amat tidak berpuas hati kepada doktor2 moden berpendapat bahawa penyakit kanser, darah tinggi dan diabetis tiada ubat... sedangkan menurut Rasulullah "Setiap penyakit itu ada penyawarnya kecuali tua dan mati"... Ini menunjukkan keadilan Allah, kerana apabila Allah menurunkan sesuatu penyakit pasti Allah akan menurunkan penawarnya... Sy kesal kenapalah ramai doktor2 yg pandai2 x dpt memikirkan fakta ini.. atau mereka sekadar berselindung demi mencari keuntungan..wallahualam..” 

Lebih 20 tahun yang lalu,saya hadir untuk temuduga keluar negara, tentunya buat medic lah kan. Seorang penemuduga tu tanya, awak tau pasal HIV AIDS tak?  Masa tu HIV AIDS baru ditemui, Rawatan pun masih belum ada, semua orang takut sampai nak duduk dekat orang ada HIV pun ketar lutut.

Penemuduga tu tanya lagi…pada pendapat awak, ada tak rawatan untuk penyakit HIV AIDS ni nanti.?

Saya sebagai bakal doktor moden pun jawablah…Allah menurunkan penyakit, Allah juga akan menurunkan penawarnya…Setiap penyakit ada penawarnya kecuali tua dan mati….gitu..sambil raba raba cari kupiah dalam sling bag…hehhehehe..
Semenjak itu, kajian,pengetahuan dan pemahamana  tentang HIV AIDS meningkat, dah ada ubat ubat yang perlu diambil pengidap untuk mengurangkan perkembangan pembawa HIV menjadi AIDS. Walaupun ubat untuk merawat belum dijumpai, usaha ke arah itu macam akan mendatangkan hasil. InsyaAllah

Samalah untuk penyakit kanser, darah tinggi atau kencing manis, setakat ini, belum ada ubat yang dijumpai untuk merawat sehingga penyakit sembuh, menurut kajian perubatan moden lah..Walaupun ada pengamal altenatif yang mendakwa ada pesakit yang di rawat hingga pulih..tapi ada bukti ke? Testemoni beberapa orang pesakit bukanlah boleh dijadikan sandaran..

Pengalaman saya merawat ni, ada beberapa orang  yang berjaya mengawal tekanan darah tingginya ke paras normal, tanpa mengambil ubat ubatan. Semasa di sahkan darah tinggi, beliau sangat tertekan sebab baru masuk 30 an dah ada penyakit.. beliau makan ubat, dan beliau ubah cara hidup.. memang susah nak buat, tapi kalau keinginan kuat, tak ada halangan yang tak akan diatasi.berat badan turun, cara pemakanan berubah, kurangkan stress, lakukan senaman secara berkala..beliau bersungguh sungguh dan mengekalkan cara hidup begitu sampai sekarang. Boleh buat tapi sangat susah untuk membentuk disiplin sebegitu

Perkembangan dunia perubatan moden hebat, walaupun tak sehebat perkembangan dunia IT.. banyak penyakit yang dulunya tiada ubat dan tidak difahami,telah pun boleh dibasmi. Penyakit cacar air telah pun di basmi dengan adanya imunisasi. Begitu juga penyakit kencing manis dan darah tinggi, ubat ubat yang lebih baik untuk mengawal penyakit telah pun ada di pasaran.Mungkin suatu hari nanti, adalah penyelidikan yang berjaya merawat penyakit tersebut.

Dalam apa bidang pun, Malaysia ialah negara pengguna.Kita tak banyak program penyelidikan, penemuan baru mahupun ciptaan baru.Yang kita tahu ialah guna dan buat cetak rompak..ehhh..Kurangnya penyelidikan ni berpunca sebab kekurangan dana..tak cukup budget, sabit tu lah penyelidikan banyak di lakukan di negara maju,negara yahudi dan kristian.Sabit tu jugalah ramai pengamal perubatan alternative dan masyarakat jumud ada mengatakan bahawa pengamal perubatan moden ni doktor yahudi. Yahudi yahudi lah, kalau yang baik, apa salahnya kan..

Pasal nak keuntungan tu, siapa yang nak rugi kan..tapi keuntungan macamana yang kita nak.? Keikhlasan semasa merawat, memberi rawatan yang optimum, membuatkan pesakit berpuas hati..itu keuntungan yang lebih penting, keuntungan material menyusul kemudian.

Saya bukanlah orang yang macam kawan mulut celupar cakap  semasa saya resign dan bercadang nak jadi GP..

Awoh mung..lepas ning hari hari lah mung doa supaya ramai orang sakit…

4 comments:

Rush Murad said...

....nak untung di dunia, dan akhirat...kan? *saya telan 4Life Transfer Factor hampir setiap hari..depa kata bagus..dan dah setahun pun ambik...so far alhamdulillah...apa komen DBI pasal TF ni?

سو هايده said...

Assalamualaikum...
Mak saya penghidap darah tinggi.. bila makan pil darah tinggi selalu pening2.. x makan darah makin tinggi... 200++.. penah kena strok beberapa jam... dan putus 1 urat tengkuk.. dan doktor cakap satu keajaiban sbb stroke sekejap jer sbb darah terlalu tinggi 240++ time tu.. masalah nya mak saya susah nak kontrol makan.. sekejap jer jaga makan.. pastu dia boring sbb x sedap.. camner cara nak bg motivasi, nasihat ker yg mak senang dan lembut hati nak ikut.. (mak bukan degil.. hehehe.. tp mungkin dia dah bosan mangkan terhad kot..)

DBI said...

rush- TF ni dari sudut perubatan tak lah seperti yang didakwa..bagi saya, Tf hanya sebagai supplement..dan terpulang kepada individu..kalau ada duit n bila ambik rasa selesa dan bagus..teruskan lah..no harm kan..tapi untuk saya rekomen, atau kata terbaik tu tidak lah..

DBI said...

salam suhaidah,
kerap jugak darah tinggi susah nak kontrol, tambahnya perlu kawal makan, diet kontrol dan merubah cara hidup..usahkan mak awak, awak sendiri pun akan sukar nak adjust dan mengambil ubat secara regular..saya rasa saya pun tak mampu.

kita yg tak sakit ni senanglah nak bagi nasihat, tapi peskait tu perlu ada kesedaran sendiri untuk menjadi sihat dan pulih seperti sediakala, baru boleh motivasi diri sendiri,

kita bagi nasihat tanpa putus asa, insayaallh pesakit akan ikut.sekejap..

selamat berusaha