Sunday, August 30, 2009

tadarus






camellia sp


"Setiap kelompok yang berkumpul di suatu rumah Allah, membaca kitab Allah dan mentadarus kan AlQuran antara mereka, maka ketenangan akan di turunkan kepada mereka, dan mereka akan dipenuhi rahmat oleh Allah, dikelilingi para malaikat, dan Allah akan mengingat dan menyebut mereka yang hadir di majlis itu"......hadis sahih Muslim dari Abu Hurairah r.a


Kumpulan kami baru saja masuk juzuk keempat...dan kalau tengok kepada progres tersebut, memang tak ada harapan nak habiskan sebulan ramadan ni. Tapi ustaz cakap, kita tak perlu tergesa gesa, kerana apa yang penting bacaan dapat dipelbetulkan, makna alQuran difaham dan yang penting penghayatan terhadap alQuran.

Tadarus taklah sepatutnya terhenti bila Syawal tiba..jadi seperti tahun lepas, program tadarus akan tetap berterusan walaupun ramadan berakhir.


Selamat menyambut Merdeka, Malaysia



Thursday, August 27, 2009

pengawet





bee at work


Tok ki saya meninggal umurnya hampir 100 tahun. Masa tu ..mak saya belum lagi jumpa dengan ayah saya... Tok Wan saya meninggal umurnya pun hampir 100 tahun. Masa tu..saya masih lagi boleh mandi bogel tanpa rasa malu di Sungai Terengganu yang masih jernih airnya.


Saya masih ingat tok wan saya tu sampai sekarang..walaupun tak banyak…Dia selalunya dua tiga kali seminggu akan ambik beberapa helai daun pandan yang banyak di belakang rumah. Bukannya hendak dibuat nasi lemak, tapi nak diletak di tempat tidurnya.Harum lah tilam tu berbau pandan. Daun pandan tu juga di lurut dan diikat pada rambut sehari hari. Rambut yang hitam di celah celah putihnya uban, disapu dengan minyak kelapa yang ditanak sendiri. Seminggu atau dua tiga minggu sekali, hampas kelapa yang habis santannya ditanak dilumur di kepala untuk kebersihan kulit kepala. Setiap malam..muka di sapu bedak sejuk entah di buat sendiri pun saya tak tahu..


Tu sebahagian bab dandanan..bab makan minum pun nampak senang, semua ada di sekeliling rumah..berkonsepkan terus dari ladang. Nak sayur pergi petik belakang rumah, nak cendawan, tunggu jer lepas hujan, memang banyak yang tumbuh..nak telur…bawah rumah, ayam bertelur..Senangkan?

Itu 30 tahun lebih yang lalu..a`ha..dah tua pun saya..jadi anak anak..jangan duk email nak berkenalan pulak yer..saya bukan pangkat abang abang lagi yer..dah masuk kategori pakcik pakcik dah pun..mati ler perasang ramai org nak berkenalan..padahal…..


Itu dulu, zaman dah berubah..orang dah tak ada masa nak buat semua tu..pastu semua ada kat supermarket..ada syampoo, ada alat solek, ada makanan segera, makanan dalam tin…macam macam ada.. kena sediakan duit sajer


Tapi bila guna bahan bahan tu, risaulah pulak..bahaya ke tidak untuk kesihatan..mana boleh tak paaki kalau dah jadi macam satu keperluan..


Kan Sara????....tu dier intro nak jawab soalan…


Sara: Asslmkm Doc.. Saya nak tanya berkenaan effect bahan kimia yang terdapat dalam cosmetics products sprt shampoo dan lain2.. Bahan kimia ini seperti Sodium Laureth Sulfate (SLS) dan juga Paraben..


Sara: adakah bahan tersebut boleh merangsang pertumbuhan kanser.. thankzz


Banyak bahan kimia terdapat dalam kosmetik, syampoo dan makanan, walaupun begitu kebanyakannya dalam kuantiti yang selamat untuk digunakan pengguna. Buruk baiknya penggunaan bahan kimia dan pengawet memang menjadi topic dan kajian pihak yang berminat.Ada agensi yang mengawal ketat kandungan bahan pengawet atau bahan kimia dalam alat solek mahupun makanan. Cuma adalah syarikat nak untuk lebih, ditaruknya berlebihan untuk kesan yang cepat tapi akan merosakan..contohnya..hyroquinone yang berlebihan dalam cream pemutihan sebabkan kulit mengelupas, menipis dan buat orang marah sebab muka dah pedih.


SLS ialah bahan dalam syampoo untuk pastikan syampoo tu berbuih

semasa digunakan.mana best kalu letak syampoo tak berbuih kan???


Paraben ialah bahan pengawet yang banyak terdapat dalam kosmetik, ada jugak dalam ubat ubat berbentuk cream. Paraben bersifat bakteriosidal dan fungacidal yang menghalang bacteria dan kulat tumbuh pada kosmetik tu. Kadar keracunan sangat rendah.tambah lagi paraben ni murah dan memang digunakan secara meluas.



Kajian mendapati antara kesan paraben ialah ia mempunyai sedikit sifat – mimik- seperti oestrogen iaitu hormone perempuan. Jadi adalah cakap, bahawa paraben ni antara peransang kepada barah buah dada. Walaupun begitu..banyak kajian yang di buat tidak menyokong kaitan antara barah buah dada dan paraben..walaupun untuk penggunaan yang berpanjangan..insyaAllah..selamat.



Sunday, August 23, 2009

cuci mata


Tiga hari sebelum ramadan, cuaca sangat elok, panas dengan berangin lembut suhu pulak mencecah 20 darjah. hari yang indah gitu..
Hari yang indah, haruslah dipenuhi dengan aktiviti yang menyenangkan, duduk kat rumah pun tak ada apa pun nak di buat.

Saya pun, capai kunci kereta dan terus menuju ke St Kilda Beach..kira kira 45 minit dari rumah..
Untuk pantainya...Pantai Batu Buruk jauh lebih putih pasirnya dan lebih cantik..tapi dari segi kemudahan, suasana kesluruhan...st kilda beach berada sedikit di atas...

ingat kan boleh lah cuci mata sebelum ramadan..tapi sekor duyung/dugong pun tak ada bersidai di pantai hari tu...



pantai yang pasirnyer taklah putih maner





jeti...air tohor..summer nanti boleh datang mandi





pantai yang landai dan ada laluan pejalan kaki





suka tengok pokok palma ni...





sebelum balik menghirup segelas moccha sambil menikmati ciptaan tuhan di depan mata...hihihihi

Thursday, August 20, 2009

khatam








Saya khatam Quran umur 12 tahun, lepas khatam, terus kena khatan. Walaupun saya dah khatam, saya baca Quran merangkak rangkak, dengan tajwid entah ke mana. Selepas khatam tu jugak, saya sangat jarang bukak, baca Quran.. Masa sekolah menengah baca Quran hanya bila ada kelas alQuran, 2 minggu sekali..tu pun banyak hari yang buat buat tak ingat..ponteng terus.

Masa dah lepas sekolah, Quran boleh kata tak dibuka langsung..alasan utama ialah tak ada masa nak mengaji, sibuk dengan study..padahal tengok wayang ada pulak masa. Baca Surah yassin masa nak exam sajer...haruslah doa banyak banyak bila nak lulus periksa..tapi bila saya berdoa, saya selalu bertanya pada diri sendiri,,,tuhan terima ker doa saya ni..maklumlah amalan yang dibuat tak sebanyak mana..harap yang wajib sajer, tu pun tak sempurna..ada hati nak mintak macam macam..

Alhamdulillah, banyak doa saya diterima, yang tak diterima tu saya redha sebab saya tahu saya tidak layak meminta lebih lebih. Macam ni lah..kalu kita kerja, dan bos arahkan kita buat kerja elok elok tapi kita buat kerja ala kadar sajer.. ada ker hati nak mintak bonus banyak banyak?.. Bos kasi banyak tu terima jer lah.

Bulan ramadhan tahun lepas, adalah sekumpulan melayu ni, buat solat terawih bergilir gilir dari rumah ke rumah..lepas terawih tu adalh buat tadarus alQuran. Saya pun termasuklah dalam kumpulan ni..tapi lepas terawih tu saya cabutlah, sebab tak nak tadarus..malulah kat orang..Ko tu Dr tapi mengaji, masyaAllah...

Tiba solat terawih di rumah saya..saya tak dapat lari lagi....terpaksalah saya ikut tadarus sama..ermmm susahnya mengaji ni...tambah lagi depan orang kita tak berapa nak kenal.. tapi tak semua lah yang mengaji lancar, ada lagi yang lebih teruk tapi diorang tak malu dan ingin belajar..dari situ saya pun ikutlah sama tadarus setiap malam.

Kumpulan tadarus ni di ketuai seorang ustaz dan disebabkan kebanyakan masing masing tak berapa lancar dan bukan cadangan untuk habiskan satu Quran dalam bulan ramadhan, 3-4 juzuk sajer kami habiskan. Alhamdulillah, tadarus di teruskan setiap hujung minggu, ahli kumpulan yang tak sampai 10 orang bercambah sehingga lebih 35 orang dan program hujung minggu ni memang di tunggu tunggu.

betullah apa yang ustaz cakap..Al Quran ni.. bila kita selalu baca, kita akan jadi sayang..dan bacaan kita akan jadi lebih mudah dan kuranglah kegagapannya..kebanyakan dah bertambah baik bacaannya..tajwid pun dah ada kemajuan...dan setelah setahun..baru kami dapat khatam seminggu yang lalu.

Sempena ramadhan yang ini...targetnya untuk khatam AlQuran di akhir ramadhan nanti dengan bertadarus setiap malam beramai ramai..InsyaAllah.




Tuesday, August 18, 2009

spring 2009




dua tiga hari lepas, suhu di subuh hari mencecah 17 darjah celcius..tu kira sangat tinggi...tahun ni nampaknya spring tiba lebih awal..bagus sebenarnya sebab saya tak tahan sejuk...cuaca ketika musim bunga sangat nyaman.
selaim magnolia, awal musim bunga disambut cherry blossom yang mengembang di pokok togel tanpa daun.



white cherry blossom



white cherry blossom



pink cherry blossom



pink cherry blossom



white n pink

Sunday, August 16, 2009

Thursday, August 13, 2009

jalang jalang


duhhhh...tetiba mengeluhlah pulak..bukan apa pun cuma dah lega sedikit setelah sebulan dua ni sibuk dengan pindah rumah. rumah yang disewa sebelum ni, tuan rumah nak jual..setiap minggu ade jer pembeli berpotensi datang nak tengok rumah..mengganggu jugaklah hidup kami setiap minggu..lagi satu, kalau dah terjual..mahu ker tuan rumah baru nak sewakan pada kami???..

langkah yang bagus, carilah rumah sewa lain..bukan kerja mudah nak cari rumah sewa , budget sewa rumah ciput jer..kalau mahal sangat ader pulak yang minum air kosong je.,beli maggi pun dok mampu...

setelah bertungkus lumus, dapatlah rumah yang dicari,menepati citarasa dan poket...sadi pindahlah ke rumah baru 3-4 minggu lepas. rumah sewa lama dilupa jangan. Bila semua barang dah diangkut ke rumah baru, rumah laam tu kena lah di cuci dan disental sampai bersih..kalau agen tak puas hati, tak merasalah duit deposit dapat penuh..ermm sampai sekarang deposit tak dapat balik ni..kata dua minggu sekarang dah 4 minggu...sabo jer lah...

Dengan angkut barang, cuci rumah..penatnya macam kena dera dengan mak tiri bawang putih bawang merah jer..

untuk hilangkan penat tu...sempat ler kami berjalan jalan perabih duit......




sovereign hill,ballarat




sovereign hill, ballarat




the nobbies, phillips island




12 apostles, port campbell



port campbell




somewhere @ great ocean road



geelong




main salji @ mt buller, victoria

Friday, August 07, 2009

DBI jawab



phillip island, victoria, australia


Rasa macam bersalah lah pulak, sebab dah lama tak update apa apa kat blog..dah lah orang komen komen pun tak terjawap..mesti ada yang sentap kan…teguran kat TB pun terbiar camtu…jangan sentap lama lama yer..sebab akan ada berubi tubi selepas ni.itu pun kalau keadaan mengizinkan lah….terima kasih jugak lah pada yang singgah sini hari hari walaupunn….

Terima kasih lahhh…ni nak jawab….



eda: anak dah 10 bulan tp still kat rumah xnak botol..if di sekolah die hisap botol ng pengasuhnye..masalahnye saye sekarang ni kekurangan susu tp anak langsung xnk hisap botol di rumah..apa yg patut saye.


Bagus lah anak masih nak hisap susu badan, baru 10 bulan…kita- bukan dbi yer- kang dinasihatkan bagi susu badan sampai umur anak 2 tahun. Kekurangan susu tu bukanlah masalah sangat sebab memang susu lebih sedikit berbanding masa anak 4 bulan… biasernya pengeluaran susu akan bergantung kepada berapa kerap anak menyusu, kalau anak kerap menyusu, susu akan jadi banyak…tapi tengoklah jugak kepada ibu tu, samada bersedia ke tidak nak menyusukan anak. Kalau ibu tidak bersedia dari segi mental dan fizikal, susu pun tak nak keluar banyak.

Jadi..nasihat saya..teruskan lah beri anak susu badan ketika di rumah..


Tapi kalau tak nak bagi jugak, terpulanglah kepada eda..salah satu petua tak nak bagi anak menyusu badan, letak jer sebuk kopi, basahkan serbuk kopi tu, pastu sapu jer kat puting , bila anak hisap terasa pahit..kalu dah banyak kali kena camtu, seriklah dia..boleh gitu???..ni orang tua tua kata yer….


Janganlah pi sapu coklat pulak..nanti ada bapak orang pulak yang berebut ngan anak…….:-))



ida: nak ambik doromin..takut..plak


Apa yang kita nak buat, kita kena timbangkan buruk baik nya, tengok dari setiap sudut, tapi perlulah ada pengetahuan, barulah pertimbangan yang dibuat tu dapat hasil yang bagus. Pasal duramin ni, kesan sampingannya banyak, dan setiap orang mungkin ada kesan yang berbeza. Yang baiknya, pi jumpa Dr, dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk tengok sesuai ke tidak untuk ambik duramin, dan dapatkan penerangan Dr tentang kesan dan kesan sampingannya.


Tapi kalu takut..tutup kes lah.



Thursday, August 06, 2009